بسم الله الرحمن الرحيم
Entri pada kali ini akan membincangkan sebuah negara iaitu BRUNEI DARUSSALAM.
Dari abad ke-14 hingga abad ke-16 Brunei Darussalam adalah
ibu kepada kesultanan yang berkuasa tersebar hingga ke Sabah, Sarawak, dan
Phillipine dibawah bayu. Oleh yang demikian, Sultan sekarang mewakili salah
satu pemerintahan dinasti tertua di dunia yang masih berterusan. Pada abad
ke-19, empire Brunei Darussalam pernah ditolak jauh dengan peperangan, rompakan
dan penjejahan berleluasa oleh kuasa bangsa Europe.
Pada tahun 1847, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan ketika
itu membuat satu perjanjian treaty dengan Great Britain dan pada tahun 1988
Brunei Darussalam dengan rasminya dibawah perlindungan British. Pada tahun
1906, sistem ‘Residential’ pertama kalinya telah ditubuhkan di Brunei
Darussalam. Soeorang British residen telah dicalonkan sebagai wakil kerajaan
British untuk menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam semua segi
hal kecuali adat melayu, tradisi dan agama Islam.
Perjanjian 1959 telah mencatatkan perlembagaan yang
memberikan Brunei Darussalam hak pemerintahan kerajaan bagi hal-ehwal dalaman
sendiri. Pada tahun 1971, perjanjian tersebut telah diubah dan disemak untuk
menegaskan sepenuh kemerdekaan bagi hal-ehwal dalaman kecuali pertahanan dan
hal-ehwal luar negeri.
Pada tahun 1967, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji
Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien telah menurunkan takhta kepada
anakanda Pengiran Muda Mahkota Hassanal Bolkiah. Pada 1hb Januari 1984, Brunei
Darussalam telah memperolehi kembali sepenuh kemerdekaan dan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan mengambil alih pejabat sebagai Perdana Menteri, Menteri
Kewangan dan dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dimana tertubuhnya satu
kabinet dengan ahlinya sebanyak 6 orang.
Pada Oktober 1986, kabinet tersebut dibesarkan kepada 11
orang ahli, yang mana Baginda Sultan memegang jawatan menteri kewangan, menteri
hal ehwal dalam negeri dan menteri pertahanan yang telah diambil alih daripada
Al-Marhum Ayahanda Baginda Sultan sejak tahun 1984. Pada tahun 1988, satu
perombakan dilakukan untuk pengangkatan timbalan menteri ke menteri dan
penubuhan satu kementerian perindustrian dan sumber-sumber utama untuk
memperkembangkan pembangunan negara
Peta negara Brunei |
Kepimpinan negara Brunei